Saturday, May 28, 2011

Macam-macam

Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tak update blog ni.

Experiment untuk 3km last time alhamdulillah berjaya dilaksanakan dan dapat result.  Sekarang nak kena buat untuk 5km pula.  Tengah tunggu kelulusan pihak management condo yang 'terpilih'.

Last two weeks, sibuk dengan conference dan siapkan lagi paper utk another conference.  By end of the week, sikecik kena demam campak.  Hmm.. last week, seminggulah tak boleh nak buat apa-apa.  'Lepak' kat rumah dengan sikecik tu.  Dah dua minggu tak ada output!

Sekarang dah cuti sekolah, dah plan nak balik kampung, tapi entahlah dengan kerja yang macam-macam ni.  Tunggulah, tapi kena balik jugak. Important wedding is coming soon...

Friday, May 6, 2011

Filed test

This week is scheduled for field test, 3km field test from engineering building to Kristal Height Condominium.  The plan is to start on Tuesday by setting up the equipment on a tripod in the engineering building.  But early Tuesday morning, I got a message from a collogue, A,  “Sorry, I cannot come to campus today”. Hmmm… what to do, it is not possible for us (sisters) to bring down the link head.  The plans need to be postponing to Wednesday.

Wednesday plan is to setup the equipment in engineering in the morning, and then bring the other set to Kristal Height, if time permitted we’ll test it, if not the test will be done the next day.  I already ask one of the brothers in optical class to help (name J).  It was scheduled to start at 10 am.  We wait and wait, until 10.30am, we are waiting for A to come since he has some of the equipment that he is supposed to buy during the weekend.  Around 10.30 I call him, he said he’s coming.  Then call him again around 11.00 he said he in the shop buying all the required stuffs!! What!!! Isn’t  it supposed to be purchased during the weekend?? Grrrrrr.,…. L .  Wait again, then get a call around 1.00pm  asking me to bring the laptop and tripod, he said they already bring down the link head.  I said “sorry, I’m not going to bring it, I need to have my lunch if not I’m going to get a very bad headache”.  We have another meeting at 2.30pm with NI programmer.   So, the only thing that we can so is to setup the equipment after the meeting and setup the other site tomorrow morning.  Again we set to start it at 10.00am.

Thursday come, I was in the lab since 8.30am.  Doing some of my works before we start the test.  A come around 10.30am.  So I told him, please take and setup the equipment in Kristal Height, all sisters will be at engineering site. Call me when they are ready.  From 10.30  till 1, no news from them.  Around 1.20 I get a message from J “We are ready”. I told him to rest for a while since we need to pray etc.  We’ll start the test at 2pm.  Around 2.01 I get a call from A, “I do not bring the power cable for the link head, I cannot go and pick it up, send someone to bring it  here!”  It just make my blood pressure going UP! Whatttt!!!! You said you are ready, now you said you don’t have the main power cable and want us to bring it there!!! When in the world are we going to start the test!  We said in that case we test it tomorrow, A said he is not coming tomorrow…grrrr…. You cause all this delay then just leave it like that!!  Our supervisor said, no we need to do the test today, and he said he will send the cable to A.  Until 5.15pm we are still on the rooftop of engineering doing the test.  This site we received the signal, but the other site no signal at all. Maybe because I put the cable wrongly between the management port and the data port…hmm… ok.  So, we’ll continue the test tomorrow.  A said we might need to connect the media converter at the other side also, aren’t we have been doing the loopback all this while, why do we need to connect media converter both side?  Don’t want to argue, furthermore he ask me to go to Kristal Height and close the small window on the link head!  Why done you bring the key with you in the first place???!!! 

Will continue the test today.. we’ll see what kind of result we will get…  I’m off to Johor after Jumaah prayer…

Friday, April 22, 2011

Suami perlukan testosterone dan Isteri perlu oxytocin untuk kurangkan stres

Ahmad Shafiai Uda Jaafar

(Tulisan ini untuk bacaan bersantai sahaja.)

Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih. Sesampai di rumah, dia melabuhkan badan yang separuh longlai terbenam di dalam sofa malasnya dan mengangkat kaki di atas pelapik kaki berlunjur ke arah tv. Dia terus mencapai alat kawalan jauh, mengetik-ketik mencari saluran berita dunia di sana sini. Fikirannya terasa lega kerana dapat mencampakkan ke belakang masalah yang menghantuinya di pejabat tadi. Niatnya semata-mata untuk memulihkan tenaga yang telah hilang di pejabat tadi dan bersedia untuk menyumbang tenaga dan tanggungjawab yang mungkin diperlukan di rumahnya ini.


Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang lebih awal dari pejabatnya, berada di dapur sambil menyusun pinggan mangkuk dan periuk kuali yang sudah kering di rak pinggannya, merasa hairan mengapa suaminya tidak menegurnya, diam membatu menengok tv. Adakah dia sakit? Atau adakah dia marah padanya?. Apa salahnya dia ceritakan masalah yang dia hadapi berkongsi dengannya? Atau tanya padanya masalah yang dia hadapi di pejabatnya? Adakah dia tidak nampak yang isteri berada di dapur ini? Sambil menjeling sekali sekala melalui tepian matanya ke arah suaminya yang sedang tenggelam hanyut, fikirannya terus membuat bermacam-macam andaian hingga ke peringkat adakah dia ini masih cinta pada dirinya lagi?. 
Aminah bertambah stres.

Aminah sangat hairan memikirkan suaminya semakin hari bertambah dingin terhadapnya.

Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-akhirnya ini, isterinya mudah saja melenting dan marah-marah atas perkara yang dianggapnya remeh temeh.

Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar cinta yang sejati yang telah mereka ikatkan pada tujuh  tahun yang lalu. Namun cinta yang disanjung itu tidak mampu untuk mengekalkan kemanisan berbulan madu hingga ke hari ini. Mengapakah perkara begini boleh terjadi?.

Mari kita imbas kembali bagaimana Allah mencipta kita seawal umur satu hari hingga kelapan minggu semasa ruh kita di tiupkan ke dalam janin kita. Sahabat saya Dr Danial Zainal Abidin yang mempelopori Minda Super, mengatakan, Allah menentukan jantina kita semasa kita berumur enam atau lapan minggu. Sebelum enam minggu, semua janin adalah perempuan.  Bagi janin yang ditentukan menjadi lelaki, maka ia mengeluarkan hormon testosterone yang tinggi kepekatannya dan merubah bentuk menjadi lelaki. Manakala janin yang ditentukan menjadi perempuan, akan terus menjadi perempuan tanpa dibekalkan dengan hormon testosterone yang banyak.

Kajian terkini menyatakan bahawa wanita mengeluarkan hormon oxytocin untuk menangani stres manakala lelaki mengeluarkan testosterone untuk tujuan yang sama. Kesan pengeluaran oxytocin di dalam wanita yang mengalami stres dikatakan boleh menyebabkan wanita berasa selamat, bekerjasama, rasa prihatin, membantu dan belai membelai. Bagi lelaki pula, pengeluaran testosterone semasa kecemasan ialah menyebabkan dia bingkas bangun bertindak segera, berkorban diri untuk kepentingan umum dan bermotivasi menyelesaikan masalah. Dengan perbezaan ini dan ketidakfahaman fungsi hormon dan kesan kepada lelaki dan wanita inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara lelaki dan wanita di mana juga sama ada di pejabat ataupun di rumah.
                                                    
Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di dalam Surah An Nisa ayat 34, itu sebagai pengawal, penjaga dan pemimpin wanita yang telah dibekalkan oleh Allah dengan hormon ini agar lelaki bermotivasi menjaga diri, keluarga dan masyarakatnya daripada serangan musuh dan wanita pula dibasahi dengan hormon oxytocin agar bermotivasi memelihara, membelai dan menjaga hubungan peribadi dengan suami, anak-anak dan masyarakat sekelilingnya.

Mari kita memahami kesan testosterone terhadap lelaki dan wanita. Tingginya tahap testosterone di dalam lelaki akan menyebabkan stresnya rendah. Sebaliknya bagi wanita memang hormon ini boleh menyebabkan rasa tinggi berkuasa, berupaya dan kelihatan lebih seksi tetapi ia tidak merendahkan stres baginya. Malah menyebabkan wanita bertambah agresif dan mudah melenting.

Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar dan membina testosterone. Pertama semasa mengeluarkan testosterone, seperti sedang menukarkan tayar bocor, lelaki dapat merasai nikmat kepuasannya pengeluaran hormon ini. Selepas itu, lelaki memerlukan aktiviti untuk membina semula testosterone yang telah digunakan tadi seperti tidur, makan, main permainan, tengok berita di tv dan membaca akhbar. Ia juga merasakan kepuasan semasa testosterone dibinakan semula ini.
Manakala banyaknya oxytocin di dalam wanita akan menyebabkan turunnya stess mereka tetapi tidak kepada lelaki. Memang orang lelaki akan bertambah jujur, empati dan pemurah sikapnya tetapi tingginya kepekatan hormon ini akan menyebabkan lelaki bertambah stres dan jadi mengantuk melemahkan hormon testosterone.

Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu mengeluar dan membina oxytocin. Semasa mengeluarkan hormon ini seperti melayani anak dan suami, wanita rasa puas dan stresnya turun. Kedua semasa menerima belaian dan batuan kerja rumah daripada suami akan menyebabkan hormon ini terbina dan dia merasa puas juga.

Kembali kita kepada senario di atas tadi. Abu merasai dirinya stres setelah tidak berjaya menyelesaikan masalah di pejabatnya tadi. Perbuatannya mendiamkan diri dan menonton tv adalah semata-mata untuk membina hormon testosterone yang telah kurang. Isterinya boleh membantu mempercepatkan proses ini dengan membiarkannya “menggua” di depan tv dan memberinya air minum kesukaannya tanpa mengeluarkan apa-apa ungkapan. Apabila Abu terasa kembali segar, pasti dia akan ke dapur bertemu isteri kesayangannya itu. Waktu inilah giliran isterinya pula menambahkan hormon oxytocin setelah hilang melayan anak-anak sekembali daripada pejabat, apabila suaminya mula menghampirinya. Teknik yang terbaik ialah bisikkan kepada suaminya dengan ungkapan, “Alhamdulillah, tolong Minah untuk bereskan ini, Minah perlukan pertolongan abang, terima kasih Abang”, seolah-olah bantuan penyelesaian diperlukan daripada suaminya yang “pakar-menyelesaikan-semua-masalah” itu.

Abu dengan mudah bersedia membantu kerana hormon testosterone telah banyak dan bersedia untuk mengeluarkannya melalui aktiviti “Menyelesaikan Masalah” yang diperlukan oleh isterinya.

Selamat mencuba.
Pak Utih

Sebahagian artikel ini telah ditulis di dalam Majalah Anis

p/s: Ada pula yang bertanya, "kat mana nak beli testosterone ni? Boleh jadi pengedar?"  Grrrr....grrrrr....


Thursday, April 21, 2011

Suatu hari yg indah...

Al kisah di sebuah rumah:
Suami: "Fix line phone kita ni jarang-jarang guna, internet pun tak selalu pakai.  Kita potong sajalah."
Isteri : "Ok je, lagipun kita banyak guna handphone"


Di suatu hari ketika lunch date"
Suami: "Yang tau tak no telefon 12347122 no siapa?"
Isteri : "Tau, no K.L. Kenapa?"
Suami: "No tu la abg pi potong hari tu"
Isteri: "Haa......apasal abg potong no K.L? Patut la dok call rumah dia tak dapat..."
Suami: "Line kitakan 2, abg ingat kalau satu 12347121, lagi satu tu 12347122 la....."
Isteri: "haa...haa... bukanlah, lagi satu tu 12347131... tak pasal2 no bekas bos telekom kena potong..mentang2 dia tah bersara...:-D"

Moral of the story.....

Monday, April 18, 2011

Bila orang lain masak..

Anak-anak saya memang suka makan tomyam.  Tapi setiap kali makan diluar selalunya pasti ada saja yang tak kena. Kebanyakannya adalah kerana kepedasan tomyam itu.  Macammana lagi nak dibuat walaupun telah diberitahu kurang pedas tapi masih dapat yang pedas.  Apa boleh dibuat?  Nak marah tukang masak kedai tu? Mungkin kalau bawa masuk mahkamah pun (kali ni kita usung tomyam lak masuk mahkamah... sebelum ni pakat usung tilam..hee..hee) tak mungkin akan menang.  Tahap kurang pedas tukang masak tu mungkin memang itulah yang kita dapat, setelah dikurangkan kepedasannya tapi tetap pedas. Tahap kepedasan yang berbeza.
Apa yang boleh dikatakan "bersyukurlah dengan rezeki yang ada" apatah lagi jika ianya adalahg percuma!

Thursday, April 14, 2011


Apabila seorang lelaki tu bila tidak lagi menyukai, menyayangi isterinya bukan setakat meninggalkan saja isterinya tetapi membunuh isterinya, apakah dia dapat diharapkan menjadi suami yang baik pada kita? Tidakkah perkahwinannya dulu itu berdasarkan cinta juga?  Apakah asasnya dia untuk menyukai kita? Apakah tidak berkemungkinan apabila kita tidak lagi disukai perkara yang sama akan berlaku pada kita? Hmmm... ngeri... Cinta tidak buta, tapi kita yang buta...

Saturday, April 9, 2011

Cantik bukan teras untuk dicintai

"Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi
enak apabila dgandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi
tanpa keperibadian dan iman yang padu anda
ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.  Sebaik
-baik kopi dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila
kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan
akan terus disukai.

Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab
kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh
lebih besar...."

Sedutan dari buku "Membina Peribadi Anggun" Dr HM Tuah Iskandar Al Haj.
Fikir-fikirkanlah...