Friday, September 12, 2014

Si kecil burung...

Sejak tahun lepas, anak ke empat bersekolah sessi pagi, jadi semualah anak-anak bersekolah sessi pagi.  Sejak itu, ummi mereka mengambil alih untuk keluar awal pagi dan hantar mereka ke sekolah. Walaupun agak kelam kelibut pepagi hari nak siapkan breakfast dan kemudian bersiap untuk ketempat kerja terus (kalau terlewat bangun lagilah parah keributannya!!!). Tetapi kekadang tu terasa "malas" juga nak bangun awal-awal dan kemudian kelua awal, best kalau dapat dok bawah selimut lagi, tapi pagi ni bila keluar awal, terasa bersemangat pulak. 


Keluar awal pagi, suasana yang tenang (walaupun penuh kereta!!), tapi alam amat tenang sekali. Melihat burung berterbangan, terasa nak ambil semangat burung tu pagi ni, ibrah (pelajaran) dari sikecil burung. Burung pagi-pagi lagi dah keluar, sang burung keluar tanpa kepastian apa rezeki yang menanti atau dimana rezeki itu berada, tetapi mereka tetap keluar mencari rezeki. Berterbangan kesana kemari, seperti tiada tujuan!. Tapi sebenarya mereka ada tujuan yang pasti!

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran (ibrah) yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."  (An-Nahl: 66 & Al-Mu'minum:21)

Mungkin juga kerana kita rasa, at the end of the day, gaji tetap ada, sebab tu kita rasa malas nak pi kerja! Dengan tekanan-tekanan di tempat kerja lagi lah tinggi tahap kemalasan itu! Mari kita betulkan niat kita kenapa kita bekerja? Semoga setiap waktu yang kita lalui sepanjang hari itu akan dikira sebagai ibadah dan tidak sekadar letih dan lelah dengan sia-sia.  Jadikan rezeki yang kita perolehi di akhir bulan itu berkat dengan membetulkan niat kita. Lakukan sesuatu kerana Allah bukan untuk manusia.

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Mulk 67:19)





1 comment: