Ada satu cerita cartoon kanak-kanak. Dia suka aksi-aksi lasak. Suatu hari ada la pertandingan untuk mencari
"new faces" untuk iklan seorang lagak ngeri. Jadi diminta sahabatnya untuk
mengambil gambar-gambar lagak ngerinya untuk dihantar ke pertandingan itu.
Disebabkan menggunakan camera analog (camera lama,dengan film), setelah selesai ambil semua aksi-aksi menarik kawannya dia pun
balik untuk cuci gambar-gambar tersebut.
Tetapi hasilnya bukanlah gambar secara keseluruhan setiap aksi lagak ngeri
tetapi sekeping ada kepala, sekeping ada tangan, sekeping ada kaki yg pastinya
tidak menggambarkan langsung sebarang aktiviti lagak ngeri yang cantik! Itulah
kaedah camera dulu-dulu, ambil gambar..ambil gambar, habis segulung film baru boleh
hantar untuk dicuci. Apa yang terpapar setelah dicuci itulah hasilnya tanpa
dapat diedit atau ditouchup apa-apa lagi.
Itulah hasil yang 'hakiki'
nanti adalah hasil yang telah kita puas hati dengannya.
Kehidupan
kita di dunia ini sebaiknya biarlah seperti teknologi kamera digital itu. Kita
buat sesuatu berhenti dulu dan check ianya "cantik" dan menepati
agama Islam? Itu dinamakan muhasabah. Jika tidak, bertekad untuk membuat lebih
baik dimasa hadapan dan tidak diulangi lagi kesalahan kita. Biar dari hari ke
hari hasilnya hanyalah yang cantik dan cemerlang sahaja.
Jangan kita jadi seperti teknologi kamera analog, kita
perasan saja dengan aksi-aksi menarik kita, tapi realitinya yang diambil tanpa kepala,
senget sebelah,pudar... tetapi semua itu hanya kita sedar apabila segalanya
telah terlambat! Disaat kita tiada lagi peluang
untuk "mencantikkannya", tak boleh nak “touchup" apa-apa
lagi! Peluang itu telah terlepas dari
kita.
Semoga dapat apa yang tersirat disebalik yang tersurat...
Lest a soul should say, "Oh [how great is]
my regret over what I neglected in regard to Allah and that I was among the
mockers."
"(Diperintahkan demikian) supaya jangan
seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana
aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah
menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan
penganut-penganutnya)! -
No comments:
Post a Comment