Tuesday, July 31, 2012
Demi Masa!
Begitu pantas masa berlalu, sekarang dah di minggu kedua Ramadhan! Bagaimanalah prestasi kita pada seminggu yang telah berlalu? Semoga keuntungan yang kita perolehi dan bukan kerugian.
Monday, July 23, 2012
Jangan terlepas!
Hari ini hari ketiga Ramadhan kita lalui. Dua hari telah meninggalkan kita, tanpa akan
kembali lagi. Bagaimana prestasi kita setakat ini? Dah tercapai KPI kita?
Jika kita mampu untuk usahakan dalam mencapai KPI tugasan kita, ketika 'accreditation' setiap tahun dalam mengejar habuan dunia. Kita
pasti mampu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh, penuh bersistem untuk mengejar habuan dari Allah, hadiah yang
paling istimewa yang pernah kita dapat!
Jika sebelum ini belum kita lakukan solat dhuha, mulalah
hari ini semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan istiqamahlah
sepanjang Ramadhan ini semoga selepas
melalui university Ramadhan ini amalam itu akan terus kekal bersama kita ke
akhir hayat.
Jika belum lagi kita amalkan solat sunat subuh dan solat
witir, mulakanlah hari ini, insyaallah, hari ini akan lebih baik dari semalam.
Jika belum kita hidupkan hati dengan zikirullah, mulakan
sekarang. Ketika melangkah dari satu tempat ke satu tempat, berzikirlah.
Setiap masa, sambil membuat kerja-kerja rutin yang dah macam "by
default", pejam mata pun boleh siap! Dalam hati berzikirlah, perempuan
mampu untuk buat banyak perkara dalam satu-satu masa, pasti kita boleh basahkan
hati kita dengan zikirullah setiap masa.
Selain hikmah rohani, bulan ramadhan juga memberi faedah
kepada jasmani kita. Ambillah peluang
ramadhan ini untuk mengoptimumkan kesihatan kita. Jangan terlebih makan ketika berbuka dan
bersahur. Jangan ambil melebihi keperluan yang diri kita perlukan. Jangan
ditambah lemak yang telah tersedia terkumpul dalam diri kita. Jika tidak, pasti
kita terlepas hikmah Ramadhan yang satu ini. Banyak terdengar kawan-kawan dan
juga adik-adik "tiba-tiba rebah", "tiba-tiba jatuh",
"tiba-tiba kena strok".
Biarlah kita diuji begitu setelah kita berusaha untuk menjaga kesihatan
kita, bukan kerana kelalaian kita dalam menjaga kesihatan. Andai kita
"tiba-tiba" jatuh dan terus tak bangun lagi, Alhamdulillah, kerana
kita tidak menyusahkan orang lain untuk menjaga kita. Bagaimana jika kita
"tiba-tiba rebah" dan kita masih hidup tapi tidak lagi dapat
bercakap, tidak memahami apa yang berlaku sekeliling kita, tidak lagi dapat
berjalan, sampai bilalah mereka yang menyayangi kita mampu untuk bersabar
menjaga kita?
Rebutlah peluang Ramadhan ini mencapai tingkat ketakqwaan
yang dijanjikan oleh Allah dari segi rohani dan jasmani kita.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang
sebelumnya.
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 19, 2012
Motivasi Langit Ilahi
Dari hasil tulisan Hilal Asyraf dari Buku Motivasi Langit Ilahi:
(dihantar oleh :Nor Hayati Mhd Yussoff (Shah
Alam))
Surah Al-Kahfi. Surah yang di dalamnya terdapat beberapa cerita akan
ummat sebelum kita. Di dalanya terdapat kisah Ashabul Kahfi, yakni
pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun lebih kerana hendak
menyelamatkan keimanan mereka. Wujud juga kisah Dzulqarnain. Dan terdapat pula
kisah pengembaraan Musa bersama hamba Allah SWT bernama Khidr AS.
Artikel ini akan memfokuskan kepada perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS.
Mengekstrak hikmah dan motivasi daripada perjalanan mereka. Melihat mengapa
Allah SWT menceritakan kisah mereka kepada kita. Mengapa Allah SWT menyusunkan
kisahnya sedemikian rupa. Moga-moga ianya menjadi motivasi buat kita.
Sepintas
kisah Musa dan Khidr.
Perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS mempunyai tiga perhentian, tiga
titik yang amat penting. Tiga tindakan Khidr, yang membuatkan perjalanan mereka
terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan Musa AS. Berikut adalah
tindakan-tindakannya.
1 – Khidr membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh
mereka berdua untuk merentas sungai.
“Lalu berjalanlah keduanya(Khidr dan Musa) sehingga
apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidr) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi
ayat 71.
2 – Khidr membunuh seorang anak kecil.
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila
mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi
74.
3 – Khidr menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.
“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu
dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidr) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi
ayat 77.
Dalam setiap peristiwa ini, Musa AS telah mengemukakan pertanyaan,
walaupun telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut.
Akhirnya, selepas kali ketiga Musa AS bertanya, Khidr AS pun berhenti,
dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidr melakukan semua itu. Dan semua itu
terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu,
kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas
perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan
menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat
harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk
melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan
mendapatkannya.
Semua ini bukanlah fokus utama artikel saya.
Apa
Tujuan Utama Allah SWT Menceritakan Ini?
Saya ketika masih belajar di University of Yarmouk, guru Aqidah saya, Dr
Ala’ Hilat yang mengajar akan kisah ini, bertanya kepada kelas:
“Apakah tujuan utama
Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”
Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidr?”
Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus
kamu utarakan jawapan itu.”
Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran
kepada Musa?”
Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”
Kelas diam ketika itu dan saya juga diam kerana tidak pasti hendak menjawab
apa.
“Apakah benar Khidr
itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan
persoalan. Memecahkan kesunyian. Saya macam agak terkejut dengan apa yang
dinyatakan Dr Ala’ itu, dan begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata
Khidr bukan bijaksana? Tak berilmu? Macam agak mustahil bukan?
Tetapi saya lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, menjadikan Saya yakin
bahawa dia percaya kata-katanya benar.
“Tahukah apa yang pertama sekali Allah
sebut apabila memperkenalkan Khidr ini?”
Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat
pertama ketika Allah memperkenalkan Khidr kepada pembaca Al-Quran.
“Lalu mereka bertemu dengan seorang dari
hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan
Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi
ayat 65.
“Khidr sebenarnya,
bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidr bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan
berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidr tidak berfikir. Dia
hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidr
hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut –
dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang
kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT.
Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”
Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang
belum disebut.
“Maka, segala
keputusan Khidr di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil
dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidr pun.
Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidr di
akhir perjalanannya dengan Musa.”
Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah
Al-Kahfi ayat 82.
“Apa yang Khidr
lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidr hanyalah ibarat robot yang
diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu
pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidr ini di
zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak
diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu”.
Saya macam agak tersentak. Itu point kedua dari tiga. Rasa teruja juga
dengan penyampaian ini. Ilmu baru masa itu. Memang seronok.
“Dan dengan kisah
Khidr ini, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan
keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidr dengan Musa, hakikatnya
adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah
perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”
“Musa berkata kepada lelaki itu(Khidr): Bolehkah aku
mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu
yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali
tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas
sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa
berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan
aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidr) berkata: Jika
kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa
pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70
Surah Al-Kahfi.
Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.
Itulah dia rupanya pengajarannya!
Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.
Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidr dan Musa adalah untuk menunjukkan
bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.
“Apa-apa musibah
yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang
diberikan Dr Ala’ kepada kami ketika itu.
Kisah Khidr adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya
mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor.
Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi.
Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan
dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan
terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.
Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak
mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang
hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.
“Pokoknya, kita
perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita
belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”
Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?
“Lihatlah Musa,
bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti
Khidr, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan
dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.
“Orang-orang yang
bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu
dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya
mahukan yang baik-baik sahaja.”
Penutup:
“Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.”
Dr Ala’ kemudian berkata:
“Ilmu Allah itu,
memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya
kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”
Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidr. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu
manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.
“Musa telah tiada.
Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu,
hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka
fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar
tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu
hari ini.”
Begitulah juga sebabnya mengapa saya kongsikan penyampaian ini kepada
kita semua.
Saya mahu kita memahami bahawa Allah SWT itu aturanNya, semuanya adalah
baik.
Maka janganlah kecewa, dan jangan berputus asa.
Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.
Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.
Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik
sahaja buat kita!
Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah!
Di dalam Al-Kahfi, Tuhan kita mendidik!
Wednesday, July 18, 2012
Berdua
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaa Siin 36:36)
Janji Allah di dalam ayat ini menjanjikan yang semua makhluk ciptaan Allah berpasangan. Janji Allah pasti benar. Jadi apakah yang menyebabkan ramai terutama akhawat yang masih belum berumah tangga? Nak kata mereka tidak berusaha, mereka telah berusaha.
Apakah kerana dunia semakin menghampiri kepenghujungnya maka fenomena ini terjadi? Satu tanda akhir zaman adalah wanita lebih ramai dari lelaki. Jika inilah sebabnya tak ada apalah yang boleh kita lakukan!
Apakah juga mungkin sebab lelaki ramai ditempat lain, dalam penjara, kat pusat serenti, termasuklah jodoh kita! Begitukah?
Atau pun lelaki sekarang ni memilih sangat. Yang dah berumur 40 tahun tak mau pulak memilih yang berumur 35 keatas sebagai isteri, nak cari yang antara 25-30 juga! Jadi bagaimana yang dah berumur 35 tahun keatas?
Atau juga kerana dengan kempen-kempen kumpulan non-muslim yang kini tidak lagi menafsirkan keluarga adalah "lelaki + wanita = keluarga, tetapi "lelaki+lelaki = keluarga", "wanita + wanita = keluarga". Celaru, keliru dan haru biru dunia hari ini!
Atau juga kerana wanita sendiri merasa senang untuk hidup sendiri, takut untuk menghadapi cabaran di dalam berumahtangga!
Bagaimana ya nak membantu adik-adik dan kakak-kakak yang aktif bersama jamaah tapi masih sendirian? Ambil jadi madu? Sanggupkah? Dilema....
Tuesday, July 17, 2012
Sijil tadika!
Dalam usia menginjak ke usia senja ini, ucapan selamat hari lahir tidak menghadirkan makna seperti dulu ketika kecil-kecil. Kini hari lahir, mengingatkan kita sebenarnya semakin hampir ke penghujung usia. Jika dah berumur 40 tahun, mungkin memiliki dalam 20 tahun saja lagi untuk hidup. Itu hanyalah mengambil kira kajian manusia tetapi perancangan Allah belum tahu bagaimana.
Setelah 40 tahun hidup kita didunia yang sementara ini, terjamin 'selamat"kah kita dari azab api neraka di perkampungan yang abadi nanti? Apakah level kita disisi Allah? Level Tan Srikah? Level PhDkah? Level Degreekah? Atau sekadar level anak-anak di tadika?
Sementara masih ada ruang dan waktu untuk kita tingkatkan level kita, di kesempatan Ramadhan yang hampir tiba (Ya Allah sampaikahlah aku ke RamadhanMu), semoga keampunan, rahmat dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya dapat kita perolehi setelah melalui tarbiyyah Ramadhan tahun ini. Alangkah ruginya kita jika Ramadhan tahun ini berlalu tanpa dapat kita tingkatkan level kita di sisi Allah. Jika sanggup kita berusaha bersungguh-sungguh untuk tingkatkan taraf hidup kita di dunia ini, kita perlu bersungguh-sungguh juga untuk tingkatkan level kita di sisi Allah. Taraf hidup bak raja di dunia ini tidak membawa erti dan makna apa-apa andainya taraf kita disini Allah hanyalah seperti orang yang ada sijil tadika!
Banyakkan berdoa dan bertaubat semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lalu.
Monday, July 16, 2012
Ramadhan dan Kesihatan (akhir)
Fasa-fasa ber puasa
Fasa Pertama ( 2 – 3
hari berpuasa )
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )
Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )
Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.
Fasa Asidosis
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!
Di fasa ini badan mulai mengambil lemak sebagai
bahan bakar dan tidak karbohidrat disebabkan bekalan karbohidrat sudah
berkurangan. Keadaan ini hanya akan dihasilkan jika pengambilan makanan sipuasa
kurang dari keperluan badan. Jika sipuasa mengurangkan penggunaan tenaga atau
melebihkan rehat serta memakan berlebihan dan menukar aktiviti / jadual
hariannya , keadaan ketosis ini tidak akan terhasil. Fasa ini adalah fasa
pembuangan toksin dan bahan kotor dari badan. Gejala-gejala yang dihadapi
berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi banyak toksin di dalam badan, lagi
lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika anda mengesyaki badan anda
mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang berbadan gemuk, banyak memakan
barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis `drugs', mengidap sembelit atau
buang air besar jarang-jarang, mengidap penyakit yang berpunca dari toksin
seperti sesetengah jenis penyakit
artritis), anda boleh
kurangkan kesan asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan
pra-puasa yang baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya
manfaat puasa dan mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung
beban pembersihan toksin.
Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:
Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:
- mengidap sakit kepala bila ia terlepas waktu makan
- sembelit
- sukar menghazamkan lemak
- mengantuk selepas makan.
- kerap kembung perut
- mulut terasa pahit
- jerawat dan ruam atau kulit kering
- gemuk
- nafas berbau
- alahan makanan
- masalah penghazaman
- selalu merasai tekanan emosi, baran, cepat marah, sensitif
Semoga Ramadhan tahun ini akan kita perolehi ketaqwaan dan kesihatan yang lebih baik.
Friday, July 13, 2012
Ramadhan dan Kesihatan (3)
Ketika tidak berpuasa
Banyak tenaga digunakan untuk proses
penghadalam dalam keadaan tidak berpuasa.
Selagi kita makan dan minum, proses metabolism
turut berlaku dalam waktu yang sama.
Fungsi memperoses bahan makanan mengahasilkan
bahan yang boleh diguna oleh sel badan dan bahan buangan yang perlu di
keluarkan dari badan
Jika sel badan terlalu sibuk memproses makanan
yang diterima, proses pembuangna akan menjadi kurang efisyen. Pada
kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah ke arah lemak dan
daging. Makanan yang diambil dengan kadar lebih dari yang diperlukan
oleh badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan - yang disimpan
sebagai lemak dan toksin jika sistem perkumuhan kita tidak efisyen.
Ketika tidak berpuasa dan tidak bersenaman, proses pembakaran lemak akan menjadi tidak efisyen dan pembuangan toksin akan turut tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam
badan merupakan tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar
biasa yang terhasil dari karbidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan
sentiasa dalam keadaan tidak efisyen, lama kelamaan sel-sel badan akan
berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan
menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem pertahanan, sistem
penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai
sistem ini, kita akan mengalami gegala-gegala gangguan kesihatan seperti lenguh
badan, cepat letih, senang demam dan lain-lain lagi.
Ketika berpuasa
Aktiviti memproses makanan akan berkurangan
(atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan). Tetapi proses
perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat
memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini
dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan
mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak
yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan
seterusnya dapat dibuang keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah
pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain
kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah
(bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan
organ-organ lain.
Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering
berlaku pada awal puasa. Di antara gejala-gejala yang mungkin dialami pada awal
puasa ialah:-
- Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang terkumpul
dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan
- Lengoh badan
- Lidah berdaki dan mulut berbau
- Kencing pekat dan berbau
- Cirit-birit
- Letih lesu - keadaan ini berlaku di awal puasa kerana
badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih
mengharapkan tenaga dari makanan dari luar. Maka gula di dalam darah
berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada
hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa
bulan tanpa makan!
CARA BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –
- Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau
berbuka
- Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihazam
- Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi
mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi, alahan)
- Suka mengulangi makanan sepanjang malam
- Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air
semasa makan.
- Tidur selepas makan (perut kenyang)
- Minum terlalu banyak kopi atau teh.
Dr.
Alan Cott menyatakan dalam
bukunya `Fasting: The Ultimate Diet' bahawa, "...Muslims fast
religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing
during the day and gorge themselves at night." Tidak boleh dinafikan
memang ada kebenaran dari apa yang dikatakan oleh Dr. Alan Cott mengenai cara orang Islam berpuasa. Walaupun pahit,
kita harus menerima hakikat ini dan berusaha untuk membaiki diri agar kita akan
mendapat manfaat sepenuhnya dari amalan puasa.
Puasa yang berjaya
adalah puasa yang diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dan bukan puasa tradisional Melayu!
bersambung...insyaallah
Monday, July 9, 2012
Ramadhan dan kesihatan (2)
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat
dan ulamak berkenaan puasa
Berpuasa di bulan puasa atau di luar bulan puasa mengansungin faedah dan manfaat yang bersar untuk kesihatan badan dan hati manusia
Berpuasa di bulan puasa atau di luar bulan puasa mengansungin faedah dan manfaat yang bersar untuk kesihatan badan dan hati manusia
Rasulullah
S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah
supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)
Nabi S.a.w bersabda :
“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)
Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :
“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)
Nabi S.a.w bersabda :
“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar
Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”
Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”
Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”
Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)
Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
bersambung...insyaallah
Friday, July 6, 2012
No one.. except Allah
Beautiful!!
‘No one loves you more than Allah. No one cares for you more than Allah. No one knows what is best for you except Allah. Even we don’t know what’s best for us most of the time. But He does—always. He knows what is best for you, when it’s best for you, where it’s best for you and in what way it’s best for you. All you need to do is just hand it all to Him and He’ll take care of it all and give you, without doubt, what is best for you.’ Sumber
‘No one loves you more than Allah. No one cares for you more than Allah. No one knows what is best for you except Allah. Even we don’t know what’s best for us most of the time. But He does—always. He knows what is best for you, when it’s best for you, where it’s best for you and in what way it’s best for you. All you need to do is just hand it all to Him and He’ll take care of it all and give you, without doubt, what is best for you.’ Sumber
Thursday, July 5, 2012
Ramadhan dan kesihatan (1)
Ramadhan semakin menghampiri.
Bulan penuh keberkatan dan rahmat. Bulan untuk kita memperbaiki
iman dan mencapai taqwa. Kita sering menjaga amalan kita sepanjang
ramadhan ini agar ianya solid dan molid resultnya. Tapi ada satu lagi
hikmahnya ramadhan ini dijadikan Allah untuk kita yang selalunya tidak kita
ambil berat. Ramadhan dan hikmahnya untuk kesihatan kita.
Sebagaimana amalan kita yang kita harap amat baik persembahannya, semoga
tubuh badan kita juga mendapat manfaat yang terbaik sepanjang ramadhan ini.
Ramadhan adalah bulan dimana badan kita diberi kerehatan dari
meneruskan tugasannya seperti hari-hari biasa di siang hari. Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan
bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun2 dari badan dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr.
Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa
adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan
perut.”
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses
pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tenaga dan
pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah
apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk
berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja
dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika
Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa
mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Kajiannya menunjukkan orang yang rajin berpuasa memperolehi skor
(markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak
berpuasa.
Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesimpulan kongres itu menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesimpulan kongres itu menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”
bersambung...insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)